TERIMAH KASIH ANDA BERKUNJUNG DI BLOG Q ANDA YG KE
Selasa, 17 April 2012
Musa A.S. pulang ke Mesir dan menerima Wahyu
Sepuluh tahun lebih Musa meninggalkan Mesir tanah airnya, sejak ia melarikan diri dari buruankaum Fir'aun. Suatu waktu yang cukup lama bagi seseorang dapat bertahan menyimpan rasa rindunya kepada tanah air, tempat tumpah darahnya , walaupun ia tidak pernah merasakan kebahagiaan hidup di dalam tanah airnya sendiri. Apa lagi seorang seperti Musa yang mempunyai kenang-kenangan hidup yang seronok dan indah selama ia berada di tanah airnya sendiri selaku seorang dari keluarga kerajaan yang megah dan mewah, maka wajarlah bila ia merindukan Mesir tanah tumpah darahnya dan ingin pulang kembalisetelah ia beristerikan Shafura, puteri Syu'aib.
Bergegas-gegaslah Musa bersertaisterinya mengemaskan barang dan menyediakan kenderaan lalu meminta diri dari orang tuanya dan bertolaklah menuju ke selatan menghindari jalan umum supaya tidak diketahui oleh orang-orang Fir'aun yang masih mencarinya. Setibanya di "Thur Sina" tersesatlah Musa kehilanganpedoman dan bingung manakah yang harus ia tempuh. Dalam keadaan demikian terlihatlah oleh dia sinar api yang nyala-nyala di atas lereng sebuah bukit. Ia berhenti lalu lari ke jurusan api itu seraya berkata kepada isterinya: "Tinggallah kamu disini menantiku. Aku pergi melihat api yang menyala di atas bukit itu dan segera aku kembali. Mudah-mudahan aku dapat membawa satu berita kepadamu dari tempat api itu atau setidak-tidaknya membawa sesuluh api bagi menghangatkan badanmu yang sedang menggigil kesejukan."
Tatkala Musa sampai ke tempat api itu terdengar oleh dia suara seruan kepadanya datang dari sebatang pohon kayu di pinggir lembah yang sebelah kanannya pada tempat yang diberkati Allahs.w.t. Suara seruan yang didengar oleh Musa itu ialah: "Wahai Musa! Aku ini adalah Tuhan mu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di lembah yangsuci Thuwa. Dan aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akandiwahyukan kepadamu. Sesungguhnya aku ini adalah Allah tiada Tuhan selain Aku , maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat akan Aku ."
Itulah wahyu yang pertama yang diterima langsung oleh Nabi Musa sebagai tanda kenabiannya, di mana ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sebagai rasul dan nabi- Nya yang dipilih Nabi Musa dalam kesempatan bercakap langsung dengan Allah s.w.t. di atas bukit Thur Sina itu telah diberi bekal oleh Allah s.w.t. yang Maha Kuasa dua jenis mukjizat sebagai persiapan untuk menghadap kaum Fir'aun yang sombong dan zalim itu. Bertanyalah Allah s.w.t. kepada Musa: "Apakah itu yang engkau pegang dengan tangan kananmu hai Musa?" Suatu pertanyaan yang mengandungi erti yang lebih dalam dari apa yang sepintas lalu dapat ditangkap oleh Nabi Musa dengan jawapannya yang sederhana. "Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya dan aku pukul daun dengannya untuk makanan kambingku. Selain itu aku dapat pula menggunakan tongkatku untuk keperluan lain yang penting bagiku."
Maksud dan erti dari pertanyaan Allah s.w.t. yang nampak sederhana itu baru dimengertikandan diselami oleh Musa setelah Allah s.w.t. memerintahkan kepadanya agar meletakkan tongkat itu di atas tanah, lalu menjelmalah menjadi seekor ular besar yang merayap dengan cepat sehingga menjadikan Musa lari ketakutan. Allah s.w.t. berseru kepadanya: "Peganglah ular itu dan jangan takut. Kami akan mengembalikannyakepada keadaan asal." Maka begitu ular yang sedang merayapitu ditangkap dan dipegang oleh Musa, ia segera kembali menjadi tongkat yang ia terima dari Syu'aib, mertuanya ketika ia bertolak dari Madyan. Sebagai mukjizat yang kedua, Allah s.w.t. memerintahkan kepada Musa agar mengepitkan tangannya ke ketiaknya yang nyata setelah dilakukannya perintah itu, tangannya menjadi putih cemerlang tanpa cacat atau penyakit.
Nabi Musa yang telah mengalahkan ahli-ahli sihir dengankedua mukjizatnya makin meluas pengaruhnya, sedang Fir'aun dengan kekalahan ahli sihirnya merasa kewibawaannya merosot dan kehormatannya menurun. Ia khuatir jika gerakan Musa tidak segera dipatahkan akan mengancam keselamatan kerajaannya serta kekekalan mahkotanya. Para penasihat dan pembantu-pembantu terdekatnyatidak berusaha menghilangkan rasa kecemasan dan kekhuatirannya, tetapi mereka sebaliknya makin membakar dadanya dan makin menakutinya. Mereka berkata kepadanya:"Apakah engkau akan terus membiarkan Musa dan kaumnya bergerak secara bebas dan meracuni rakyat dengan macam-macam kepercayaan dan ajaran-ajaran yang menyimpang dari apayang telah kita warisi dari nenek-moyang kita? Tidakkah engkau sedar bahawa rakyat kita makin lama makin terpengaruh oleh hasutan Musa sehingga lama-kelamaan nescaya kita dan tuhan-tuhan kita akan ditinggalkan oleh rakyat kita dan pada akhirnya akan hancur binasalah negara dan kerajaanmuyang megah ini."
Fir'aun menjawab: "Apa yang kamuhuraikan itu sudah menjadi perhatianku sejak dikalahkannya ahli-ahli sihir kita oleh Musa. Dan memang kalau kita membiarkan Musa terus melebarkan sayapnyadan meluaskan pengaruhnya di kalangan pengikutnya yang makinlama makin bertambah jumlahnya,pasti pada akhirnya akan merosakkan adab hidup masyarakat negara kita serta membawa kehancuran dan kebinasaan bagi kerajaan kita yang megah ini, kerananya aku telah merancang akan bertindak terhadap Bani Isra'il dengan membunuh setiap orang lelaki danhanya wanita sahaja akanku biarkan hidup."
Rancangan jahat Fir'aun diterapkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaannya. Aneka ragam gangguan dan macam-macam tindakan kejam ditimpakanatas Bani Isra'il yang memang menurut anggapan masyarakat. Dengan makin meningkatnya kezaliman dan penindasan yang mereka terima dari alat-alat kerajaan Fir'aun, datanglah Bani Isra'il kepada Nabi Musa, mengharapkan pertolongan dan perlindungannya. Nabi Musa tidak dapat berbuat banyak pada masaitu bagi Bani Isra'il yang tertindas dan teraniaya. Ia hanya menenteramkan hati mereka, bahawa akan tiba saatnya kelak,di mana mereka akan dibebaskan oleh Allah s.w.t. dari segala penderitaan yang mereka alami. Dianjurkan oleh Nabi Musa agar mereka bersabar dan bertawakkal seraya memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. memberikan pertolongan dan perlindungan- Nya kerana Allah s.w.t. telah menjanjikan akan mewariskan bumi- Nya kepada hamba-hamba- Nya yang soleh, sabar dan bertakwa!
Fir'aun bertujuan melemahkan kedudukan Nabi Musa dengan tindakan kejamnya terhadap BaniIsra'il yang merupakan kaumnya, bahkan tulang belakang Nabi Nusa. Akan tetapi gerak dakwah Nabi Musa tidak sedikit pun terhambat oleh tindakan Fir'aun itu. Demikian pula tidak seorang pun daripada pengikut-pengikutnya yang terpengaruh dengan tindakan Fir'aun itu. Sehingga tidak menjadi luntur iman dan keyakinan mereka yang sudah bulat terhadap risalah Musa. Kerana sasaran yang ditujudengan tindakan kekejaman yangtidak berperikamanusiaan itu tidak tercapai dan tidak dapat menerima dakwah Nabi Musa dan para pengikutnya, yang dilhatnyabahkan semakin bersemangat menyiarkan ajaran iman dan tauhid, maka Fir'aun tidak mempunyai pilihan selain harus menyingkirkan orang yang menjadi pengikutnya, iaitu denganmembunuh Nabi Musa.
Fir'aun memanggil para penasihat dan pembesar-pembesar kerajaannya untuk bermesyuaratdan merancang pembunuhan Musa. Di antara mereka yang di undang itu terdapat seorang mukmin dari keluarga Fir'aun yangmerahsiakan imannya.
Di tengah-tengah perdebatan danperundingan yang berlangsung dalam pertemuan yang diadakan oleh Fir'aun untuk membincangkancara pembunuhan Nabi Musa itu, bangkitlah berdiri mukmin itu mengucapkan pembelaannya terhadap Nabi Musa dan nasihat serta tuntunan bagi mereka yanghadir. Ia berkata: "Apakah kamu akan membunuh seseorang lelaki yang tidak berdosa, hanya berkata bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhannya? Padahal ia menyatakan iman dan kepercayaannya itu kepada kamubukan tanpa dalil dan hujjah. Ia telah mempertunjukkan kepada kamu bukti-bukti yang nyata untuk menyakinkan kamu akan kebenaran ajarannya. Jika andainya dia seorang pendusta, maka dia sendirilah yang akan menanggung dosa akibat dustanya. Namun jika ia adalah benar dalam kata-katanya, maka nescaya akan menimpa kepada kamu bencana azab yang telah dijanjikan oleh Nya . Dan dalam keadaan yang demikian siapakah yang akan menolong kamu dari azab Allah s.w.t. yang telah dijanjikan itu?"
Fir'aun memotong pidato orang mukmin itu dengan berkata:"Rancanganku harus terlaksana dan Musa harus dibunuh. Aku tidak menemukan kepadamu melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak menunjukkan kepadamu melainkan jalan yang benar, jalan yang akan menyelamatkan kerajaan dan negara." Berucap orang mukmin dari keluarga Fir'aun itu melanjutkan: "Sesungguhnya aku khuatir, jika kamu tetap berkeraskepala dan enggan menempuh jalan yang benar yang dibawa oleh para nabi-nabi, bahawa kamuakan ditimpa azab dan seksa yang membinasakan, sebagaimanatelah dialami oleh kaum Nuh, kaumAad, kaum Tsamud dan umat-umat yang datang sesudah mereka. Apa yang telah dialami oleh kaum-kaum itu adalah akibatkecongkakan dan kesombongan mereka kerana Allah s.w.t. tidakmenghendaki berbuat kezaliman terhadap hamba-hamba- Nya ".
Mukmin itu meneruskan nasihatnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku khuatir kamu akan menerima seksa dan azab Tuhan di hari qiamat kelak, di mana kamu akan berpaling kebelakang, tidak seorang pun akan dapat menyelamatkan kamuitu dari seksa Allah s.w.t. . Hai kaum ikutilah nasihatku, aku hanya ingin kebaikan bagimu dan mengajak kamu ke jalan yang benar. Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanya merupakan kesenangan sementara, sedangkan kesenangan dan kebahagiaan yang kekal adalah di akhirat kelak."
Orang mukmin dari keluarga Fir'aun itu tidak dapat mengubah sikap Fir'aun dan pengikut-pemgikutnya, walaupun ia telah berusaha dengan menggunakan kecekapan berpidatonya dan susunan kata-katanya yang rapi, lengkap dengan contoh-contoh dari sejarah umat-umat yang terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t. kerana perbuatan dan pembangkangan mereka sendiri. Fir'aun dan pengikut-pengikutnya bahkan menganjurkan kepada orang mukmin itu, agar meninggalkan sikapnya yang membela Musa danmenyetujui rancangan jahat mereka. Ia dinasihat untuk melepaskan pendiriannya yang pro Musa dan mengabungkan diri dalam barisan mereka menentangMusa dan segala ajarannya. Ia diancam dengan dikenakan tindakan kekerasan bila ia tidak mahu mengubah sikap pro kepadaMusa secara suka rela.
Berkata orang mukmin itu menanggapi anjuran Fir'aun:"Wahai kaumku, sangat aneh sekali sikap dan pendirianmu, aku berseru kepada kamu untuk kebaikan dan keselamatanmu, kamu berseru kepadaku untuk berkufur kepada Allah s.w.t. danmempersekutukan- Nya dengan apa yang aku tidak ketahui, sedang aku berseru kepadamu untuk beriman kepada Allah s.w.t. , Tuhan Yang Maha Esa,Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun . Sudah pasti dan tidak dapat diragukan lagi, bahawa apa yang kamu serukan kepadaku itu tidak akan menolongku dari murka dan seksa Allah s.w.t. di dunia mahupun di akhirat. Dan sesungguhnya kamu sekalian akan kembali kepada Allah s.w.t. yang akan memberi pahala syurga bagi orang-orang yang soleh, bertakwa dan beriman, sedang orang-orang kafir yang telah melampaui batas akan diberi ganjaran dengan api neraka. Hai kaumku perhatikanlahnasihat dan peringatanku ini. Kamu akan menyedari kebenaran kata-kataku ini kelak bila sudah tidak berguna lagi orang menyesal atau merasa susah kerana perbuatan yang telah dilakukan. Aku hanya menyerahkan urusan ku dan nasibku kepada Allah s.w.t. . Dia lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat perbuatan dan kelakuan hamba-hamba- Nya ."
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar